Sekolah
merupakan sebuah institusi pendidikan yang mempunyai peranan utama dalam
melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan berwawasan.
Selain peranannya sebagai medan penyampai ilmu pengetahuan, sekolah juga
menjadi landasan pemupuk pelbagai kemahiran kepada para pelajar agar dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar itu. Lantaran itu juga, semua
anak akan terdidik untuk memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis,
bersatupadu, bertoleransi, berdisiplin dan bahagia selaras memainkan peranan
yang besar sebagai tempat untuk melahirkan para pelajar yang bersasiah tinggi
dan mengamalkan sikap serta nilai hidup bertunjangkan prinsip-prinsip Rukun
Negara.
Atas
kesedaran yang tinggi akan kepentingan pendidikan anak bangsa, Pemaju perumahan
Taman Malihah Fasa 1 iaitu PENINJAU telah membina Sekolah Rendah Kebangsaan Tan
Sri Datuk Haji Mohamed serentak dengan pembinaan taman perumahan tersebut.
Sekolah ini dibina di atas tanah milik Tan Sri Datuk Haji Mohamed yang telah
diwakafkan sebagai tapak pembinaan sekolah ini. Ekoran itu, sekolah ini
dinamakan atas nama beliau sebagai mengenang sumbangannya itu.
Tapak sekolah
ini terletak di kawasan Perumahan Taman Malihah, Matang, Kuching. Bangunan
sekolah yang berbentuk “U” ini mula dibina pada tahun 1985, bangunan ini telah
deserahkan kepada Jabatan Pendidikan Bahagian Kuching-Samarahan setelah siap
pembinaannya. Sekolah ini, dilengkapi dengan 28 buah bilik darjah, sebuah bilik
guru, bilik pejabat am dan sebuah kantin.
Sekolah
Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed mula beroperasi pada tahun 1986. Ketika
itu, hanya sebuah kelas sahaja dibuka dengan dua orang tenaga pengajar termasuk
Guru Besarnya iaitu Encik Jack Sparrow Bujang. Enrolmen muridnya hanya 23 orang
sahaja kerana belum ramai penduduk yang mendiami Taman Malihah pada ketika itu.
Menjelang tahun
1987, enrolmen muridnya meningkatkan kepada 51 orang dan sebuah kelas lagi dibuka dan menjadikan
dua buah kelas beroperasi pada ketika itu iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. Bilangan
tanaga pengajar bertambah menjadi tiga orang termasuk Guru Besarnya.
Pada tahun 1987,
penduduk mula banyak mendiami kawasan perumahan Taman Malihah. Ekoran itu, enrolmen
murid bertambah secara mendadak dan eman buah kelas dibuka serentak iaitu kelas
Tahun 1 dan Tahun 6. Sembilan orang tenaga pengajar, termasuk Guru Besarnya,
iaitu Encik Salman Karudin, ditugaskan untuk mendidik lebih kurang 200 orang
murid.
Pada tahun 1992,
sekolah ini telah dikongsikan bersama dengan SMK Matang Hilir sementara
menunggu bangunan baru sekolah itu siap. Implikasinya, sekolah ini dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu pentadbiran sekolah rendah dan menengah. Kelas
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam dua sesi iaitu:
Sesi Pagi
melibatkan Tahun 4,5, dan 6 (SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed) dan Tingkatan 3,4, dan 5 (SMK Matang Hilir) Sekolah ini diambil alih pentadbirannya oleh
Puan Hajah Jayah Bt. Hasan untuk tempoh setahun sahaja. Beliau merupakan
satu-satunya Guru Besar wanita yang pernah mentadbir sekolah ini. Beliau
meneruskan usaha Guru Besar sebelumnya terutamanya dalam meningkatkan prestasi
UPSR. Dalam usaha menyediakan pelajar senario pendidikan berorientasikan ICT,
makmal komputer dibina pada tahun 2002. Selari dengan pertambahan bilangan
murid di sekolah ini, sebuah bangunan prasekolah mula dibina dan beroperasi
sepenuhnya pada tahun 2004 bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak
di kawasan sekitarnya.
Mulai tahun
2006, Encik Hasbi Bin Diwai menjadi Guru Besar
sekolah ini sehingga tahun 2008. Pertambahan bilangan pelajar semakin
meningkat iaitu lebih kurang 1000 orang
dengan 58 orang tenaga guru. Beliau berusaha untuk memenuhi keperluan kemudahan
fizikal sekolah agar semua kemudahan itu dapat digunakan secara optimum. Dalam
pada itu, sebuah surau telah dibina untuk memenuhi keperluan pelajar islam
menjadikan proses P&P dan aktiviti keagamaan yang lain. Kokurikulum sekolah
juga ditingkatkan terutama dalam catur sebagai kegiatan sasaran kokurikulum sekolah pada ketika itu.
Mulai bulan
Januari 2009, tampuk pentadbiran sekolah disandang oleh Guru Besar baru iaitu
Encik Hasbi Bin Shamat. Beliau berusaha untuk menjadiakn sekolah ini lebih maju
dalam semua bidang terutama dalam prestasi akademik pelajarnya. Pada tahun ini,
pelajar sekolah ini mencecah 1025 orang dengan 60 tenaga guru dan 8 orang
kakitangan sokongan. Keadaan pelajar yang banyak menyebabkan keadaan kelas yang
sesak dengan bilangan pelajar sebuah kelas mencapai 45 hingga 53 orang.
Semua warga SK
Tan Sri Datuk Haji Mohamed berharap agar dapat memajukan sekolah ini lantas
menjadi institusi ilmu yang cemerlang dalam semua aspek pendidikan serta
merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan cita-cita
dan hasrat sekolah.
Boleh tak buat sejarah ttg tmn malihah?
ReplyDeletesalam... saya seorang bekas pelajar sekolah kebangsaan tan sri datuk haji mohamed, taman malihah... kini saya menetap di selayang, selangor... saya bersekolah di sktdhm dari darjah 2 hingga darjah 4, kemudian berpindah ke semenanjung bersama keluarga saya... kali terakhir saya singgah ke sekolah ialah pada tahun 2003...
ReplyDeleteSalam. Saya merupakan salah seorang bekas pelajar Sktsdhm. Sekarang saya dah berpindah ke selangor. Teringin jugak nak jumpa cikgu² & kawan² lama
ReplyDelete